Tuesday, October 21, 2008

Hikayat Mustafa Kamal Atartuk Yang Kufur

SEJARAH KAMAL ATARTUK

Mustafa Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. . Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:

‘Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.’

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):

Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel.Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

Di antara perkara-perkara besar yang dilakukan selain daripada menghapuskan sistem khalifah Islamiah ialah:

a) Menandatangani Perjanjian Luzan

Pada awal abad ke-20 masihi, Mustafa Kamal Atartuk menandatangani satu perjanjian dengan Inggeris dan kuasa bersekutu barat. Dalam perjanjian tersebut, terdapat empat syarat penting yang perlu di patuhi oleh beliau iaitu:
Sistem Khalifah Islamiah mesti dihapuskan

Mengeluarkan atau menghapus sesiapa sahaja penyokong Khalifah dan pejuang Islam dari bumi Turki
Mengguna pakai perlembagaan Turki baru (yang sekular) sebagai ganti kepada perlembagaan Turki lama (yang mengikut syariat Islam).
Jika dilihat kepada syarat-syarat perjanjian di atas jelas sekali beliau adalah anti ajaran Islam. Beliau cuba menghapuskan system Khalifah Islamiah dan tidak mahu melaksanakan syariat Islam dalam urusan pemerintahan Negara dan sekaligus mahu melaksanakan system pemerintahan secular ciptaan barat Kristian.

b) Menukar Peraturan Syariat Islam Dengan Undang-undang Barat

Setelah berkuasa, Mustafa Kamal menukar undang-undang syariat Islam dengan undang-undang Barat sedikit demi sedikit, iaitu di ambil undang-undang sivil dari Switzerland, undang-undang jinayah dari Itali, undang-undang perundangan dari Jerman dan lain-lain lagi. Apa yang dilakukan adalah satu usaha kearah mahu melaksanakan kehendak perjanjian Luzan dan bagi menghalang syariat Islam dari dilaksanakan di dalam system pemerintahan Turki.

c) Memisah Dan Mengasingkan Urusan Agama Dengan Politik Dan Negara

Mustafa Kamal merupakan seorang pemimpin Negara Islam pertama yang melakukan pemisahan antara agama dan politik. Bagi menjayakan pemisahan itu, beliau ada menyebut “Tidak ada politik dalam agama dan tidak ada agama dalam politik” Ini bererti beliau telah menerima dan malaksanakan fahaman sekular yang di ambil dari barat dalam sistem pemerintahnya. Sistem itu memang bercanggah dengan ajaran Islam. Islam satu-satunya agama yang lengkap dan sempurna, ajarannya melipuli segala urusan hidup manusia di dunia dan akhirat. Ajarannya meliputi perkara-perkara akidah, syariat dan akhlak. Ajaran Islam tidak ada pemisahan antara agama dan politik Nabi S.A.W, para sahabat, para ulama dan lain-lain lagi. Semuanya menghayati keseluruhan ajaran agama yang merangkumi ketiga-tiga perkara pokok diatas. Mereka juga kuat beribadat, berpolitik, berniaga, belajar, bersukan dan lain-lain lagi.
d) Azan Dalam Bahasa Turki

Setelah Mustafa Kamal Atartuk berkuasa di Turkin, beliau mengeluarkan perintah kapada semua rakyat Turki Islam supaya azan dilakukan dalam bahasa Turki, iaitu ditukar azan dari bahasa Arab kepada bahasa Turki. Sedangkan azan disyariatkan oleh Rasullah S.A.W dalam bahasa Arab sebagaimana yang kita ketahui. Syariat ini berjalan semenjak dahulu sampai sekarang dan seterusnya sampai ke hari kiamat. Azan tidak boleh digunakan dalam bahasa lain selain bahasa Arab. Walaupun begitu Mustafa memaksa rakyat melakukan azan dalam bahasa Turki. Namun begitu dibeberapa tempat pedalaman umat Islam yang yakin kepada Islam tetap melakukan azan dalam bahasa Arab secara senyap-senyap bagi mengelak dari di ketahui oleh pihak berkuasa.

e) Al-Quran Dicetak Dalam Bahasa Turki

Bukan sahaja azan dipaksa supaya dilakukan dalam bahasa Turki, bahkan dipaksa supaya al-Quran dicetak dalam bahasa Turki dengan mengguna tulisan rumi. Beliau tidak mahu al-Quran ditulis dan dicetak dalam bahasa Arab sebagaimana ia diturunkan. Tindakan beliau ini merupakan satu jenayah besar dilakukan oleh beliau. Ulama Islam dahulu dan sekarang sepakat mengharamkan al-Quran ditulis dalam tulisan selain bahasa Arab.

f) Memaksa Perempuan Membuka Atau Mendedahkan Aurat.

Bagi membaratkan muslimat Turki dan menjauhkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar, Mustafa Kamal memaksa mereka membuka hijab, mendedahkan aurat, mendedahkan kepala dan menggalakkan memakai pakaian ala wanita barat. Manakala kaum lelaki dilarang memakai tarbus dan dipaksa memakai topi keras seperti yang dipakai oleh orang barat Kristian. Dengan lama kelamaan rakyat Turki terus memakai pakaian seperti itu sehingga mereka seolah-olah oran barat.
g) Ditukar Hari Cuti Umum Kepada Hari Ahad

Kalau sebelum itu seluruh Negara Islam menjadikan cuti umum pada hari Jumaat, Mustafa Kamal merupakan pemimpin Islam pertama yang menukarkan cuti tersebut kepada hari Ahad sama seperti cuti di negeri-negeri barat Kristian. Perubahan yang dilakukan ini jelas kepada kita bahawa beliau ingin mengikut barat dan anti Islam. Itu adanya agenda beliau yang tersendiri yang sedikit sebanyak cuba menarik umat Islam Turki meniru gaya barat. Selain itu beliau juga menukar kalendar tahun Hijrah kepada kelendar tahun Masihi seperti yang diamalkan di barat. Kemudian lama-kelamaan umat Islam Turki lupa tahun Hijrah dan lupa cuti umum hari Jumaat. Akhirnya mereka lebih mesra dengan mengguna cuti hari Ahad dan mengikut kalendar tahun Masihi sehingga ke hari ini.

Demikianlah sedikit sebanyak perkara-perkara negatif yang dilakukan oleh Mustafa Kamal Atartuk sewaktu berkuasa memerintah Turki. Perubahan-perubahan negatif yang disebut di atas itu kemudiannya disambung lagi oleh pengganti beliau silih berganti sehingga akhirnya jadilah Turki sebuah negara sekular dan rakyatnya juga turut menghayati sistem atau fahaman tersebut sama seperti masyarakat barat sehingga mereka jauh dari ajaran Islam yang sebenar.

Jadi dengan sikap dan tingkah laku serta tindakan beliau sedemikian rupa adakah boleh dianggap sebagai penyelamat umat Islam Turki? Atau sebagai bapa Turki moden? Bagi penulis dengan melihat kepada perubahan-perubahan yang dilakukan itu bolehlah dikatakan beliau adalah anak didik barat, seorang pemimpin perosak dan penjenayah besar kepada agama Islam serta seorang yang kuat menentang syariat yang dibawa oleh Rasullah S.A.W secara terang-terangan.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Inilah hikayat Mustafa Kamal Atartuk yang membelakangi Islam dan Allah!! Pemimpin di malaysia sepatutnya mengambil iktibar!

No comments: